Thursday, January 5, 2012

Penganugerahan Perkhidmatan Cemerlang

Kami memohon kepadaMu agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan kasih sayangMu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayahMu. Sesungguhnya kami berhimpun di sini Ya Allah, bagi menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan kami kepada mereka yang telah berkorban tenaga dan fikiran, mencurahkan khidmat bakti dengan penuh dedikasi demi memartabatkan profesion mulia ini di bumi bertuah.

Jadikanlah mereka sebagai hamba-hambaMu  yang sentiasa bersyukur di atas pengiktirafan ini, sentiasa berusaha dengan gigih untuk meningkatkan potensi dan prestasi serta mempunyai keperibadian yang luhur. Jadikanlah jua Ya Allah, majlis anugerah ini sebagai dorongan dan galakan kepada pegawai dan kakitangan yang lain agar mereka sama-sama mengerah keringat dan mengemblengkan tenaga bagi mencapai kecemerlangan dalam segenap bidang.

Serukanlah hati-hati kami, eratkanlah silaturrahim dalam kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami, permudahkanlah segala urusan untuk kami terus menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara.....ameen.

No comments:

Post a Comment