Thursday, January 5, 2012

Maulidur Rasul

Ya Allah, Ya Tuhanku, di hari yang barakah ini ku zahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas segala anugerahMu kepada diri ini. Lantaran itu Ya Allah, jadikanlah aku sebagai hambaMu yang beriman, bertakwa, berilmu, berakhlak mulia, sejahtera di dunia dan di akhirat.

Ku memohon keampunan atas segala dosa, dosa kedua ibubapaku dan dosa seluruh kaum muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah kembali kepadaMu. Ya Allah.

Aku jua memohon restu dan rahmatMu semoga Engkau Ya Allah memberi taufik dan hidayah kepada hati-hati ini. Engkau perkukuhkanlah perpaduan kami. Engkau luaskanlah rezeki kami, Engkau berikanlah kekuatan serta semangat yang tinggi kepada kami, dorongkanlah kami ke arah melaksanakan kebaikan dan amal soleh. Kami mohon dipanjangkan usia dalam keimanan serta sihat walafiat yang berpanjangan.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati. Jadikanlah perpisahan selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.....ameen.

No comments:

Post a Comment