Thursday, January 5, 2012

Awal Pagi

Aku rafakkan kesyukuran di atas keizinanMu untuk meneruskan perjuangan hidup pada hari ini. Aku juga bersyukur kerana Engkau  mengizinkan untuk menghadir diri, emosi dan roh sehingga diri ini dapat menyempurnakan tugasan dan amanah dengan jayanya pada hari ini.

Kurniakan aku kecintaan, keinginan dan kecenderungan bekerja dengan penuh iltizam dan dedikasi untuk mencapai kecemerlangan sepanjang hari ini.Kurniakanlah kepadaku kesatuan hati dan perasaan dalam mengurus dan mengemudi organisasi ke arah perkhidmatan yang cemerlang, gemilang dan terbilang di sisiMu.

Jadikanlah permulaan hari ini kebaikan untukku, pertengahannya keberkatan dan kesudahannya keampunan dariMu. Dan juga jadikanlah hari-hari yang ku lalui permulaannya hidayah, pertengahannya kemenangan dan kesudahannya kecemerlangan.

Ya Allah, jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam juga minggu-minggu yang lalu dan jadikanlah esok atau minggu depan lebih baik daripada hari atau minggu ini bagiku....ameen.

No comments:

Post a Comment