Thursday, January 5, 2012

Hari Inovasi dan Kualiti

Sesungguhnya kami menadah tangan pada hari ini merafakkan kesyukuran dan penghargaan terhadapMu di atas kurniaanMu yang tidak terhingga dan dengan izinMu kami dapat melaksanakan tugas kami, bermuhasabah dan menilai hasilnya.

Ilhamkanlah dalam fikiran kami Ya Allah, idea-idea yang kreatif, positif, proaktif dan inovatif. Semarakkanlah dalam jiwa dan minda kami keazaman dan komitmen yang tinggi. Kurniakanlah kepada kami kesihatan serta kekuatan fizikal dan minda, semangat dan daya juang. Padukanlah tenaga dan pemikiran kami. Eratkanlah silaturrahim dalam kalangan kami, semoga dengannya kami dapat menyempurnakan tugas-tugas kami dengan cemerlang dan diteladani serta mampu menuju ke mercu gemilang.

Berkatilah perhimpunan dan usaha kami pada hari ini dan hari-hari yang bakal kami lalui. Rahmatilah jua perpisahan kami selepas ini. Kurniakanlah kepada kami Ya Allah, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia pun jua di akhirat sana.....ameen.

No comments:

Post a Comment