Thursday, January 5, 2012

Bersama Pelanggan

Ya Allah, Ya Rahman sesunguhnya dengan izinMu jua program ini akan berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah digariskan di bawah iradah dan inayahMu.

Jadikanlah Ya Allah ruang yang diberi ini untuk kami bertemu dan bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran bersama pelanggan kami semoga dengan usaha kerdil ini kami dapat memberi perkhidmatan yang cemerlang dan berkualiti.

Ya Allah tunjukilah kami taufik dan hidayah, jalan yang benar dan cara-cara melaksanakan serta menghayati tugas kami dengan sebaiknya. Golongkanlah kami dalam kalangan insan yang suka mendengar kebaikan lantas melakukkannya dan apabila mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkanya.

Satukanlah hati-hati kami, Ya Allah, ke arah kebaikan dan kecemerlangan. Berikanlah kami peluang untuk berkerjasama dalam pelbagai bidang demi memajukan negara kami yang tercinta ini. Sesungguhnya Engkau tahu segala hajat dan lintasan hati kami, maka dengan sifat rahman dan rahimMu penuhilah hajat kami dalam kehidupan ini.....ameen.

No comments:

Post a Comment