Sunday, January 8, 2012

40 Petua Persaraan ( 3 )


21.Jangan bengis dan jangan terlalu manja

Salah satu ciri kebahagiaan rumah tangga ialah hubungan baik suami dengan isteri. Pesara perlu mengekalkan ciri hubungan seperti ini. Sekiranya pesara seorang yang bengis, maka wajarlah dia berhentikan perangai bengis tersebut. Berjumpalah dengan doktor perubatan bagi memeriksa kesihatannya.
Begitu juga janganlah dengan mengharapkan  semuanya dibuat oleh isteri. Minuman dan  juga masakan dan lain-lain aktiviti di dapur dan di rumah boleh dilakukan sendiri oleh pesara tanpa meminta-minta atau mengharapkan semuanya siap sedia oleh isteri. Dengan melakukan sendiri sebahagian daripada kerja rumah ini akan dapat menggerakkan akal dan kesihatan pesara sendiri. Pesara perlu berlatih menyesuaikan diri dengan keadaan yang berubah-ubah. Pesara perlu mengamalkan sikap layan diri ( self-service ).

22. Perlu privacy

Pesara memerlukan privacy terutama apabila anak-anak sudah besar. Pesara juga tambah memerlukan privacy apabila anak-anak sudah berkahwin dan mempunyai anak cucu dan menantu yang kerap balik kampung. Pesara perlu ada radio sendiri, TV sendiri bagi membolehkan pesara dan isterinya menikmati rancangan-rancangan yang menarik. Ini penting terutama sekali kalau pesara itu seorang yang kaki TV.

23. Jangan gila kuasa

Masa telah berlalu. Semasa bekerja dahulu banyak sifat kepura-puraan (hypocracy) telah ditunjukkan sama ada disedari atau tidak disedari. Semasa bekerja, pesara mungkin sedikit sebanyak telah menunjukkan sifat gila kuasa. Sekarng semuanya sudah berakhir. Jadilah diri sebagai seorang ’free normal person’.

24. Cari peluang baru

Sambil menikmati kebebasan hidup, pesara boleh juga mendapatkan peluang baru dalam perniagaan walaupun secara kecil-kecilan dengan tujuan meningkatkan lagi keaktifan hidup sebagai seorang peara yang positif. Luaskan konteks dengan orang ramai.

25. Buat perancangan persaraan.

Pesara perlu faham bahawa hidup tanpa perancangan akan menyebabkan hidup terumbang-ambing. Aktiviti-aktiviti perlu dirancang di tahap harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Ini bermakna di tahap harian misalnya apakah aktiviti harian yang serring dibuat. Senaraikan aktiviti tersebut. Begitu juga tahap mingguan. Senaraikan aktiviti mingguan yang berbeza dengan aktiviti harian yang anda lakukan. Begitulah dengan tahap bulanan dan tahunan.

26. Surat khabar sahabat karib pesara

Bagi mengisi masa lapang, salah satu daripada alat media yang dapat menjadi sahabat paling karib ialah surat khabar. Pastikan ada surat khabar yang dilanggan dan bacaan surat khabar akan menjadikan pesara ’ up to date ’ dengan perkembangan persekitaran.

27. Jadi pesara kreatif

Dalam kemudahan dan peralatan sumber yang terhad, pesara harus lebih kreatif menggunakan idea bagi menyelesaikan masalah dan juga dalam hal ehwal mengurus rumah tangganya. Pesara bukan sahaja pandai, tetapi juga pandai mengurus sesuatu mengunakan kreativiti yang ada padanya.

28. Pesara perlu sedar diri.

Pesara perlu sentiasa sedar diri dan tidak lupa daratan. Kelakuan, perangai, tutur kata, sikap dan gelak ketawa harus sesuai dengan taraf atau status  seorang pesara. Jangan berlagak  lebih sudu dari kuah !.

29. Pesara perlu respons bukan react.

Sebagsi seorang yang dikatakan amat matang dalam hidup, pesara harus sentiasa ’respons’. Orang dewasa ’respons’ tetapi kanak-kanak ’react’. Sekiranya orang dewasa bertindak seperti kanak-kanak dan marah-marah, mereka sebenarnya ’react’ bukan ’respons’. ’Respons’ lebih rasional daripada ’react’. Melenting adalah contoh ’react’. Tetapi mendengar dengan sabar dan kemudian memberi pandangan adalah contoh ’respons’. Dalam ’react’, terdapat penggunaan emosi yang berlebihan. Dalam ’respons’, terdapat penggunaan rasionaliti yang melebihi emosi. Dalam diri pesara, ada ciri-ciri kanak-kanak yang perlu dibebaskan.

30. Tunjukkan dokumen harta kepada anak, isteri atau suami

Pesara perlu mengemas kini maklumat dan dokumen harta contohnya rumah, tanah, saham dan lain-lain yang dipunyainya. Tunjukkan pada isteri atau suami dan anak dokumen tersebut. Kalau apa-apa terjadi, dia tidak mengusahkan keluarga dan orang lain.

( Dunia Pesara, Abd Halim Hj Hassan )

No comments:

Post a Comment