Thursday, January 5, 2012

Menyambut Kedatangan Pelawat

Kami bersyukur, Ya Allah kerana Engkau memberi ruang dan peluang kepada kami untuk sama-sama berkongsi dan bertukar. Semoga dengan kesempatan  dan pengalaman yang berharga ini memberi petunjuk dan pengajaran kepada kami menambahbaik mutu perkhidmatan kami pada masa akan datang.

Sesungguhnya kami Ya Allah amat menghargai kesempurnaan nikmat yang telah Engkau kurniakan kepada kami untuk mencapai tahap pengurusan berkualiti. Justeru dengan kudrat dan iradahMu maka permudahkanlah segala urusan kerja kami, sehingga kami dapat mengekalkan mutu perkhidmatan yang berkualiti demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara tercinta.

Kurniakanlah kepada kami kesatuan hati, emosi, minda dan tindakan melalui penghayatan visi dan misi jabatan ini dalam mengurus dan mengemudi organisasi kami ke arah perkhidmatan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.......ameen.

No comments:

Post a Comment