Permata 86 :
Daripada Abu Said al-Khudri ra meriwayatkan bahawa rasulullah saw bersabda:
Sesiapa di antara kamu melihat sesuatu
kejahatan, maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak
sanggup hendaklah dengan lisannya dan sekiranya tidak sanggup hendaklah dengan
hatinya yang demikan itu (mengingkarkan dengan hati) adalah selemah-lemah iman.
(Riwayat Muslim dan Abu Laith al-Samarqandi)
Mutiara hikmah :
a) Jangan terpengaruh dengan perkataan buruk dan ungkapan keji yang
dikatakan tentang diri anda, kerana itu akan menyakiti orang yang mengatakannya
dan bukan diri anda sendiri.
b) Tindakan-tindakan yang baik akan menghalang diri untuk masuk ke
tempat-tempat yang buruk, akal yang cergas akan mencegah kesalahan yang dipacu
oleh hawa nafsu, sedangkan pengalaman hidup lebih mendatangkan manfaat daripada
seribu nasihat.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad
Al-Bakri
No comments:
Post a Comment