Monday, April 1, 2013

Jauhi sifat takabur


Permata  87 :

Ibn Umar ra berkata : Sesungguhnya Allah swt melipat langit dan bumi dengan tanganNya, kemudian berfirman: Aku adalah raja, Aku adalah al-Jabbar (Yang Maha Hebat). Aku adalah Yang Maha Takabur. Di manakah para raja bumi? Di manakah orang-orang yang hebat? Di manakah orang-orang yang takabur? (Riwayat Muslim)

Mutiara hikmah :
 
a) Jangan terlalu ego dengan pendapat anda sendiri dalam menghadapi permasalahan apa pun tapi bermesyuaratlah, kerana pendapat dua orang lebih kuat daripada pendapat seorang. Tidak ubah seperti tali, setiap kali disatukan dengan tali yang lain, maka ianya akan semakin kuat.

b) Keriangan ialah wajah yang berseri, taman yang hijau, air yang sejuk, buku yang mendatangkan manfaat disertai hati yang boleh menghargai nikmat, meninggalkan dosa dan mencintai kebaikan.

Wallahu a’lam.

Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

No comments:

Post a Comment