Monday, May 2, 2011

Terminal Penyucian

Di dunia  ada 4 iaitu :

a)      Taubat
b)      Istighfar
c)      Kebaikan
d)      Musibah yang menghapuskan

Lantaran itu; wahai diri bersegeralah !..ini lebih baik daripada berlari-lari atau merangkak di sirat, berbanding bertaubat di dunia.  Beristighfarlah dari dosa yang tidak diingati! Kebaikan menghapuskan keburukan. Semangatlah melakukan kebaikan . Usah merasa terhina melakukannya

Di hari hijrah, Abu Bakar ra berkata.: ” Aku telah menyediakan kenderaan ini agar anda dapat berhijrah dengannya. Ia menolak, meskipun dia menerima hadiah, tetapi dia berkata, “ Dengan harga “ "

Mengapa Nabi melakukan. Baginda tidak ingin kehilangan pahala hiijrah!.

Di kubur ada 3 iaitu :

a)      Solat jenazah
b)      Fitnah kubur
c)      Hadiah pahala amal manusia

Bila ada kematian, bersegera mensolatkan jenazah itu. Bukan jumlah tetapi dengan orang yang beriman dan soleh/solehah. Doa mereka memberi syafaat pada simati dikuburan.  Pertanyaan dua malaikat di liang lahat dan kesendirian kita di sana turut menyucikan. Namun yang kubur juga berupa kebun dari kebun surga!

Ulama juga bersepakat ada empat perkara yang pahalanya sampai pada si mati di dalam kubur iaitu haji, umrah, sedekah  dan doa.

Hanya padaNya diri memohon agar tiada melakukan dosa-dosa yang mengerikan.Tiada seorang pun mensolati jenazah nanti lantaran tidak ditundukkan Ia seorang pun untuk itu!. Bahkan setelah kematian tiada ingatan tentangnya sebaliknya sekadar tangisan berbanding dengan doa!.

Pada hari Kiamat ada 4 iaitu :

a)      Kengerian Hari Kiamat
b)      Berdiri di hadapan Allah swt
c)      Syafaat Nabi saw
d)      Keampunan Allah swt

Melihat matahari yang digulung, bintang yang berguguran, lautan yang meluap dan bumi yang digoncangkan semuanya menyucikan dosa. Begitu juga usah menganggap remah bertemu denganNya nanti.Apakah bagimu Aku hina?. Apakah kamu berhias untuk manusia dan datang padaKu sebagai orang buruk?.Apakah yang menipumu dariKu?

Surga buat mereka yang bersih dari keburukan walaupun sebesar hama. Kadar waktu di neraka sebesar dosa yang dimiliki.Na’udzubillah min zalik......

Terminal mana milik kita?

Marilah merindui surga dan takutkan neraka. Usah biarkan diri menghadapi kengerian hari kiamat. Kita tak akan menemuinya dengan iman dan taat. Bersegeralah dengan tiga amal yang sangat mudah di dunia fana ini, ayoh wahai diri........istiqamah, jujur dan tuluslah hati dalam melaksanakan :

...taubat
...istighfar dan
...lakukan kebaikan yang banyak sekuatnya meskipun juga melakukan maksiat.

Ia jua yang memberi petunjuk.

( Penyucian Hati, 2010 )

No comments:

Post a Comment