Wednesday, May 4, 2011

….fasal Islam

Makna Islam :

Iaitu menjunjung segala titah perintah Allah Taala dan menjauhi segala laranganNya. Maka dalil yang mewajibkan Islam itu ialah firman Allah Taala : (Maksudnya : Jika mereka masuk Islam maka sesungguhnya mereka beroleh hidayat )

Rukun Islam 5 perkara :

  1. Mengucap dua kalimah syahadah serta mengetahui makna kedua-duanya.
  2. Mendirikan sembahyang lima waktu
  3. Memberi zakat
  4. Puasa pada sebulan Ramadhan
  5. Menunaikan haji ke Baitullah al-Haram bagi orang yang mampu sampai kepadanya.
Kesempurnaan Islam 3 perkara :

  1. Diikrarkan dengan lidah.
  2. Ditasdikkan di dalam hati
  3. Diperbuatkan dengan segala anggota.
Serta mengikut ijmak sahabat yang empat.

Tanda Islam 4 perkara :

1.      Merendahkan dirinya.
2.      Suci lidahnya daripada berdusta dan mengumpat orang.
3.      Suci perutnya daripada memakan yang haram
4.      Suci badannya daripada hadas yang besar, loba dan tamak.

Syarat Islam 4 perkara :

  1. Sabar pada hukum Allah Taala.
  2. Reda dengan Qadak Allah Taala
  3. Yakin dengan tulus ikhlas hatinya dan menyerahkan dirinya kepada Allah Taala
  4. Mengikut firman Allah dan sabda Rasulullah serta menjauhi segala laranganNya.
Yang Membinasakan Islam Empat Perkara :

  1. Membuat sesuatu perkara tanpa diketahuinya.
  2. Diketahui tapi tiada dikerjakannya.
  3. Tiada tahu serta tiada mahu bertanya.
  4. Mencela orang yang berbuat kebaikan serta diharuskan mencelanya dan lagi meringan-ringankan segala pekerjaan.
( Bidayatul Mubtadi Wa Umdatul Aulad; 2009 )

No comments:

Post a Comment