Permata 88 :
Daripada Abi Bakrah ra katanya, rasulullah saw bersabda: Adakah kamu mahu aku ceritakan dengan dosa
yang paling besar (sebanyak tiga kali). Mereka menjawab: Bahkan ya rasulullah.
Sabda rasulullah : Syirik dengan Allah dan derhaka kedua ibu bapa. Nabi duduk
dalam dalam keadaan menyandar, kemudian bersabda: Ketahuilah ucapan dusta
(penyaksian). Katanya: Maka sentiasalah rasulullah mengulang-ulangnya hingga
kami berkata: Alangkah baiknya dia diam. (Hadis mutttafaq alaih. Riwayat
al-Bukhari dan Muslim)
a) Hiduplah bersama-sama al-Quran, sama ada dengan cara menghafaz, membaca,
mendengarkan atau merenungkannya. Sebab ini merupakan ubat paling mujarab untuk
mengusir kesedihan dan kedukaan.
b) Perbanyakkanlah membaca istighfar, kerana dengan beristighfar akan ada
rezeki, akan ada jalan keluar, akan ada keluarga, akan ada ilmu yang berguna,
akan ada kemudahan dan akan ada penghapusan dosa.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad
Al-Bakri
No comments:
Post a Comment