Monday, March 4, 2013

Nasihat Burhanudddin Ali


Pada abad ke 6 Hijrah, Syam dikuasai oleh seorang sultan yang sangat baik dan soleh. Beliau ialah Sultan Mahmud bin Atabik Zanki yang bergelar Nur al-Din. Sultan ini terkenal sebagai seorang yang sangat mencintai ilmu dan menghormati ulama. Sultan Mahmud sering menghadiri majlis nasihat Burhanuddin Ali bin Hasan al-Hanafi di Aleppo (Halab). Beliau sangat zuhud dan berpaling daripada dunia sehingga sangat disegani dalam kerajaan.

Dalam kuliahnya, Buhanuddin sangat tegas menasihati sultan. Beliau tidak menyebut gelaran kesultanan, malah memanggil nama asal baginda tanpa segan seperti : Wahai Mahmud.

Setelah Buhanuddin wafat, tempatnya digantikan oleh Muhammad bin Mas’ud al-Turaithithi, seorang tojoh besar mazhab Syafi’l. Beliau sangat fasih, pandai berceramah dan pakar dalam ilmu tafsir dan fiqah.

Diriwayatkan beliau pernah menjemput Sultan Mahmud Zanki untuk menghadiri ceramahnya, Al-Turaithithi cuba meniru Burhanuddin dengan menyebut Wahai Mahmud apabila menasihati sultan. Tidak beberapa lama kemudian, seorang pengawal membawa titah sultan agar berhenti menyebut nama sultan begitu.

Sultan menjelaskan : Setiap kali  Buhanuddin berkata, wahai Mahmud seluruh bulu romaku tegak kerana kewibawaannya lalu hatiku menjadi lembut kerana nasihatnya. Namun apabila orang ini berkata sebegitu hatiku menjadi keras dan dadaku menjadi sempit.
 
Wallaahu a’lam

Solusi 53
Telaga Biru

Wahai diri ingatlah tatkala Fudayl b Iyad berkata bahawa setiap kali isteri, anak-anak dan keldaiku melawan perintahku, aku akan bermuhasabah; apa maksiat yang telah aku lakukan? Selepas bertaubat, aku segera melihat perubahan dalam diri mereka.

Ya Allah, jadikanlah kami orang yang sentiasa bertaubat dan menyucikan diri..benci dan jijik kepada kemasiatan...aameen Ya Rabb.

No comments:

Post a Comment