a) Pertemuan
bersama-sama nabi Yahya as
Dari Tsabit al-Bannari ra, dia berkata; Iblis pernah muncul di hadapan
Yahya bin Zakaria as. Beliau melihat banyak barang-barang yang menggantung pada
diri Iblis. Yahya bertanya: Wahai Iblis, apakah barang-barang yang
menggantung pada dirimu itu?
Iblis menjawab: Ini adalah
nafsu-nafsu yang kupergunakan untuk mengail anak Adam. Yahya bertanya; Apakah ada pula yang ditujukan untukku?
Iblis menjawab: Boleh jadi perutmu kenyang, lalu aku membuatmu merasa berat
melaksanakan solat dan berzikir.
Adakah selain itu? tanya Yahya.
Iblis menjawab: Tidak ada, demi
Allah.
Yahya berkata; Demi Allah, aku tidak
akan membuat perutku kenyang kerana makanan untuk selama-lamanya.
Iblis berkata; Demi Allah, aku tidak
akan memberikan nasihat kepada orang Muslim selama-lamanya.
b) Tawakal
Ada seseorang berkata kepada al-Imam Ahmad bin Hambali; Aku hendak pergi ke Mekah atas dasar tawakal
tanpa membawa bekal.
Al-Imam Ahmad berkata: Kalau begitu
pergilah sendirian tanpa ikut rombongan.
Tidak boleh. Aku ikut
bersama mereka, jawab
orang itu.
Apakah dengan
bergantung kepada bekal orang lain itu engkau juga menyebut tawakal?
Wallaahu a’lam.
Talbis Iblis
Ibnul Qayyim Al-Jauzi
No comments:
Post a Comment