Permata 45 :
Daripada Abi Umamah ra katanya, rasulullah saw bersabda: Siapa yang memaafkan ketika mampu dan
berkuasa nescaya Allah ampunkannya pada hari kesakaran (hari kiamat).
(Riwayat al-Tabarani)
Mutiara hikmah :
a) Orang yang paling banyak merenung adalah orang yang paling banyak
memaafkan sesama insan, kerana dia mendasarkan sikap dan ucapannya dengan cara
yang paling baik. Orang seperti itulah yang akan memberi ketenangan kepada
dirinya dan orang lain.
b) Jangan berlebih-lebihan dalam berlumba dan berjuang. Belajarlah supaya
anda boleh bersikap tolak ansur terhadap diri sendiri. Apatah lagi ketika anda
berjaya mengalahkan seseorang dalam pekerjaan tertentu. Anda membiarkan
perasaan anda begitu sahaja, tanpa memberi kebahagiaan sedikit pun dengan
kemenangan yang anda capai.
Wallaahu a’lam.
Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad
Al-Bakri
No comments:
Post a Comment