Permata 57 :
Ibn Abbas ra berkata: Adalah nabi
Adam bekerja sebagai petani, nabi Nuh sebagai tukang kayu, nabi Idris sebagai
tukang jahit, nabi Ibrahim dan nabi Lut sebagai peladang, nabi Soleh sebagai
peniaga, nabi Daud sebagai tukang besi, nabi Musa, nabi Syuaib dan nabi kita
Muhammad, semoga Allah selawat ke ats mereka sebagai penternak.
(Diriwayatkan oleh Ibn Qudamah al-Maqdisi)
Mutiara hikmah :
a) Iman, kesihatan, kekayaan, kebebasan, rasa aman, semangat muda dan ilmu
adalah satu dari semua yang diinginkan oleh orang-orang yang berfikir. Namun
hanya sedikit orang yang mampu mendapatkannya sekaligus.
* Orang yang angkuh terhadap orang bawahannya
* Orang yang derhaka terhadap kedua orang tuanya
* Orang yang menghina orang asing atau pengembara
* Orang yang menghina orang miskin kerana kemiskinannya
Wallaahu a’lam.
Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad
Al-Bakri
Terima kasih atas sharing ilmunya.
ReplyDeleteSaleh......http//abuilhamalayuubi.blogspot.com