Permata 42 :
Daripada Abdullah bin Amru ra, rasulullah saw bersabda; Tiada seorang muslim itu menghadiahkan
kepada saudaranya satu hadiah lebih baik daripada kalimah hikmah yang Allah
tambahkan dengannya petunjuk hidayah atau menghalangnya daripada tempat yang
rendah (Riwayat al-Baihaqi dan al-Dailami)
Mutiara hikmah :
a) Ilmu itu akan membuat hati menjadi lapang, meluaskan pandangan, membuka
cakerawala sehingga jiwa dapat keluar dari pelbagai keresahan, kegundahan dan
kesedihan.
b) Barangsiapa memiliki adab yang banyak dan baik, perasaan yang sihat dan
akhlak yang mulia, maka akan membuat dia akan membuat dirinya dan orang lain
berbahagia. Akan mendapat hati yang tenang dan keadaan jiwa yang sejuk.
Wallaahu a’lam.
Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad
Al-Bakri
No comments:
Post a Comment