Beliau ditanya kenapa beliau tidak tidur. Malik menjawab : Aku takutkan Allah dan aku tidak tahu bila
berkatnya jatuh kepadaku. Kalau aku tidur, berkatnya itu akan lepas dariku. Di
samping itu, aku adalah orang yang malang jika memakan kurnia Allah tetapi
menuruti kehendak syaitan. Jika adalah orang berdiri di pintu masjid sambil
berteriak hendak tahu siapakah manusia yang paling hina di dunia itu, maka aku
akan tampil ke muka menunjukkan diriku.
Malik berkata :
a) Apabila aku tahu keadaan dunia yang fana ini, aku pun tidak peduli
tentang pandangan dunia terhadap diriku dan perbuatanku.
b) Janganlah bersahabat dengan orang yang persahabatan itu tidak akan
menolongmu selepas mati kelak.
c) Firman Allah dalam Al-Quran : Ingatlah
Aku dan Aku akan ingat padamu.
d) Firman Allah dalam Al-Quran : Aku
akan jawab seruanmu dan terima doamu.
Wallaahu a’lam
Tazkiratul Auliya
Syekh Fariduddin Attar
No comments:
Post a Comment