Permata 64 :
Daripada Sahl bin Sa’d ra berkata bahawa rasulullah saw bersabda: Gopoh-gapah itu
merupakan sifat syaitan.
(Riwayat al-Tirmizi)
Mutiara hikmah :
a) Ketahuilah bahawa kesabaran itu akan menguburkan segala aib, ketabahan
itu akan menjadi penutup segala kekeliruan dan sifat dermawan itu adalah
pakaian yang besar yang akan menutup semua kekurangan dan cacat.
b) Jangan terlalu cepat mengambil keputusan sampai anda selesai mempelajari
semua aspeknya. Setelah itu mintalah pilihan kepada Allah dan mesyuaratkan
kepada orang-orang yang anda percayai. Jika kemudian anda berjaya memang itulah
yang dikehendakinya dan jika tidak, maka janganlah menyesal.
Salah dalam memberi maaf
adalah lebih baik daripada salah menjatuhkan hukuman.
Wallaahu a’lam.
Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad
Al-Bakri
No comments:
Post a Comment