Friday, March 22, 2013

Jangan berkhilaf


Permata  62 :

Daripada ibn Mas’ud ra, rasulullah saw bersabda: Jangan kamu berkhilaf kerana sesungguhnya mereka yang sebelum kamu telah berkhilaf menyebabkan mereka dalam kebinasaan. (Riwayat al-Bukhari)
 
Mutiara hikmah :

a) Ubahlah keugiaan-kerugian itu menjadi keuntungan-keuntungan. Buatlah minuman yang manis dari buah lemon. Tambahkan ke dalam air musibah itu gula sepenuh tapak tangan dan sesuaikanlah diri dengan keadaan anda.

b) Kebahagiaan ialah ketika mashaf menjadi teman akrab anda, amalan menjadi kesukaan anda dan rumahmu menjadi tempat untuk menyendiri begitu juga harta simpanan adalah kepuasan diri anda.

Wallaahu a’lam.

Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

No comments:

Post a Comment