Permata 79 :
Daripada Ibn Abbas ra berkata, nabi saw bersabda: Dua nikmat yang kebanyakkan manusia rugi (kecewa) dalam menerima
keduanya iaitu nikmat sihat dan waktu lapang. (Riwayat al-Bukhari, Ahmad,
al-Tirmizi, Ibn Majah dan Al-Baihaqi)
Mutiara hikmah :
a) Punca keresahan dan kesuntukan adalah mengabaikan Allah swt dan
mempersembahkan hidupnya untuk dunia hingga orang yang masuk penjara seumur
hidup ini tidak boleh dikatakan hidup kerana sudah tidak mendatangkan manfaat
lagi dan tidak pula mati yang kerana itu perlu diumumkan derita kematiannya.
b) Yang lalu telah berlalu dan yang telah pergi telah mati. Jangan
difikirkan yang telah lalu kerana telah pergi dan selesai.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad
Al-Bakri
No comments:
Post a Comment