Permata 65 :
Daripada Ali bin Abi Talib ra, rasulullah saw bersabda: Akan datang kepada manusia satu masa di mana
seseorang mukmin lebih hina daripada kambingnya. (Hadis diriwayatkan oleh
Ibn Asakir)
Mutiara hikmah :
a) Seringkali kenikmatan itu akan melahirkan penyesalan, kesalahan remeh
akan menghantar kepada kehinaan, kemaksiatan akan mengakibatkan hilangnya
nikmat dan ketawa akan berakhir dengan tangisan.
b) Jika anda ingin merasakan kebahagiaan bersama orang lain maka
perlakukanlah mereka dengan cara yang sama yang anda sukai ketika mereka
memperlakukan anda, jangan meremehkan milik mereka dan jangan pula merendahkan
kemampuan mereka.
Wallaahu a’lam.
Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad
Al-Bakri
No comments:
Post a Comment