Permata 55 :
Daripada Abu Said al-Khudri ra, katanya rasulullah saw bersabda: Tidaklah Allah membangkitkan nabi dan
tidaklah menggantikan daripada khalifah kecuali baginya dua pembantu, pembantu
yang menyuruhnya amar makruf dan menggesa ke arahnya dan pembantu yang
menyuruhnya dengan kejahatan serta menggesanya, sedangkan yang ma’sum (yang
terpelihara) ialah siapa yang Allah peliharanya (Riwayat al-Bukhari)
Mutiara hikmah :
a) Abu Nawas sudah menuliskan riwayat hidup al-Khashib, seorang penguasa di
Mesir dan mengabdikan namanya dalam catatan sejarah. Kemudian Abu Nawas
berkata: Jika tunggangan kami tidak mengunjungi tanah al-Khashib maka tanah
mana lagi yang patut untuk dikunjungi, tidak ada kuda yang boleh melampauinya
dan tidak boleh dilakukannya. Namun kuda akan berjalan ke mana dia akan
berjalan. Pemuda membeli pujian dengan hartanya, dan tahu bahawa semua roda
sentiasa berputar. Tidak akan ada kenangan yang dikatakan oleh orang tentang
hidup al-Khashib dan tentang masa-masa pemerintahannya kecuali rangka-rangka
tersebut. Sedangkan sumber-sumber lain tidak ditemui langsung, walaupun mungkin
ada bagaimanapun ianya tidaklah mengurangi nilai-nilai dan kehebatan madah dan
puisinya itu.
b) Sebaik-baik pemimpin adalah yang suka mendengar nasihat para ulama dan
berdamping dengan mereka.
Wallaahu a’lam.
Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad
Al-Bakri
No comments:
Post a Comment