Tuesday, March 12, 2013

Perakuan Dasar 60:40 (2)


Inisiatif 2 : Memantapkan kemahiran dan keupayaan

Pengajaran dan Pembelajaran S&T

Isu 1 : P&P yang tidak menghasilkan kemenjadian murid yang dihasratkan

Perakuan :
- Meningkatkan kriteria pemilihan calon untuk mengikuti program ijazah sarjana muda perguruan.
- Memantapkan amalan P&P dengan memberi keutamaan kepada pendekatan pembelajaran konteksual dan inkuiri penemuan pada semua peringkat persekolahan.
- Melaksanakan P&P berorientasikan kerja amali bermula dari peringkat sekolah rendah mengikut keperluan tajuk yang diajar.
- Menyediakan senarai eksperimen minima yang wajib dilaksanakan bagi membolehkan murid memperolehi kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.
- Meningkatkan pengintegrasian TMK dalam P&P untuk membantu guru menjadikan pembelajaran S&T lebih berkesan, memudahkan pembelajaran dan menarik.
- Memantapkan pembelajaran sains informal berstruktur dan terancang dalam P&P mata pelajaran S&T.
- Membuka lebih banyak kelas sains tulen.
- Menyediakan laluan kerjaya dan pengiktirafan kepada guru sains yang setimpal dengan kelulusan akademik yang diperolehi.

Pentaksiran

Isu 2 : Pentaksiran mata-mata pelajaran sains tulen yang tidak menyeluruh

Perakuan :
- Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian kerja amali
- Mengambilkira learning curve kepelbagaian murid di dalam  sistem pentaksiran berorientasikan sekolah
- Persekitaran berasaskan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dan kemahiran menyelesaikan masalah.
- Melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) pada tahun dua persekolahan di sekolah rendah melalui kerja kursus berbentuk folio.
- Melaksanakan Peperiksaan Berpusat Amali Sains peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia
- Meningkatkan bentuk dan bilangan soalan berasaskan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dan penyelesaian masalah secara berperingkat-peringkat bermula dari sekolah rendah ke sekolah menengah.

Prasarana Makmal

Isu 3 : Keupayaan pengurusan pentadbiran sekolah terhadap pelaksanaan P&P S&T dan pengurusan makmal sains
Isu 4 : Prasarana makmal sains yang kurang kondusif
Isu 5 : Penyelenggaraan makmal sains

Perakuan:
- Meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan makmal untuk keberkesanan P&P dalam kalangan pentadbiran sekolah (Pengetua, GPK, Ketua Bidang dan Panitia)     
- Meningkatkan penggunaan makmal dalam P&P bagi menghasilkan pembelajaran berkesan dan menarik minat murid
- Memantapkan pengurusan makmal bagi mengelakkan pembaziran dan menjaga keselamatan.
- Menambahbaik pengurusan pelupusan bahan kimia yang telah luput secara sistematik dan terancang
- Memantapkan prasarana dan peralatan makmal yang lengkap dan menepati spesifikasi piawai
- Menambah baik kaedah pemberian geran per kapita mata pelajaran (PCG) S&T untuk keberkesanan P&P

Latihan Guru / Staf Makmal

Isu 6 : Kemahiran profesionalisme guru S&T
Isu 7 : Pembantu makmal kurang terlatih

Perakuan :
- Memantapkan program induksi guru baharu S&T yang merangkumi elemen Coaching and Mentoring
- Meningkat dan mengemas kini ilmu dan kemahiran guru S&T supaya dapat melaksanakan P&P yang menarik dan berkesan
- Memantapkan platform jaringan pintar antara guru untuk berkongsi amalan terbaik P&P
- Meningkatkan taraf jawatan pembantu makmal sains di sekolah dengan kelulusan minimum diploma
- Pembantu makmal perlu diberi latihan secara hands-on dan berterusan.

Laporan strategi mencapai Dasar 60:40 aliran Sains/Teknikal : Sastera
KPM, 2012 ms 69-71

No comments:

Post a Comment