Tuesday, March 12, 2013

Menyantuni wanita


Permata  50 :

Daripada Abi Hurairah ra berkata, rasulullah saw bersabda: Wasiatkanlah dengan kebaikan terhadap wanita kerana perempuan diciptakan dari tulang rusuk dan yang paling bengkok ialah pada tulang rusuk yang di atas, jika kamu mahu meluruskannya nescaya kamu patahkannya dan jika kamu biarkannya nescaya sentiasalah ia bengkok. Justeru, hendaklah kamu berwasiat dengan kebaikan terhadap wanita. Dalam riwayat Muslim : dan memecahkannya bermaksud menceraikannya. (Hadis muttafaq alaih. Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)

Mutiara hikmah :

a) Orang yang sudah memiliki isteri mahupun suami, rumah, badan yang sihat dan kecukupan harta, maka dia telah mendapat keindahan hidup. Kerana itu, ia harus bersyukur kepada Allah dan merasa puas hati. Di atas semua itu tidak ada lagi kenikmatan, kecuali keresahan belaka.

b) Kebahagiaan itu terdapat dalam garis keturunan, dalam harta benda dan dalam emas berlian. Tetapi kebahagiaan itu terdapat dalam agama, sopan santun dan matlamat yang dicapai.

Wallaahu a’lam.

Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

No comments:

Post a Comment