Friday, March 22, 2013

Jauhi prasangka


Permata  63 :

Daripada Abu Hurairah ra, bahawasanya rasulullah saw bersabda; Awasilah kamu daripada berprasangka, kerana prasangka adalah sebohong-bohong ucapan. (Hadis muttafaq alaihi.Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim)

Mutiara hikmah :

a) Hindarilah sesama manusia kecuali untuk perbuatan yang baik. Jadikanlah orang yang sentiasa berada di dalam rumah. Hadapilah hak-hal yang ada kepentingannya dengan diri anda. Kurangkan bercampur dengan orang ramai.

b) Yahya bin Muaz al-Razi berkata : Jadikanlah bahagian orang mukmin daripadamu tiga jenis supaya tergolong orang yang baik :

i. Jika engkau tidak dapat menguntungkan kepadanya, maka janganlah merugikannya.
ii. Jika engkau tidak dapat menyenangkannya, maka jangan menyusahkannya
iii. Jika engkau tidak memujinya, maka jangan mencelanya.

Wallaahu a’lam.

Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

No comments:

Post a Comment