Bebaskan dirimu
Bebaskan, bebaskanlah dirimu
daripada segala belenggu
daripada segala penindasan
daripada kejahilan ilmu
daripada cengkaman ketaasuban.
Bebaskan, bebaskanlah dirimu
daripada jebak yang menjerat
daripada ikatan ideologi
daripada kurungan emosi
daripada kepungan dendam
daripada kepandiran dan kebebalan.
Bebaskan, bebaskanlah dirimu
daripada budaya pemujaan
daripada strategi pembelot
daripada umpan si pemfitnah
daripada hutan ragu maknawi
daripada yang membelit peribadi.
daripada ketertiban songsang
daripada tawanan si petualang
daripada kedaifan fikiran
daripada kitab yang mengelirukan
daripada kebenaran yang dipalsukan.
Bebaskan, bebaskanlah dirimu
daripada manis umpan si petualang
daripada lidah yang menakjubkan
daripada kerakusan dan penindasan
merasakan ia paling kebal sekali
terus dipuja hulubalangnya sendiri.
Ahmad Sarju
19 April 2005
No comments:
Post a Comment