Permata 81 :
Daripada Abi Hurairah ra berkata bahawa rasulullah saw bersabda: Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih
dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Pada masing-masing ada
kebaikan. Tekunlah kamu atas sesuatu yang bermanfaat bagimu. Mintalah
pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu merasa lemah. Jika kamu tertimpa
sesuatu, janganlah berkata: Kalaulah aku berbuat demikian, maka akan menjadi
demikian, demikian. Akan tetapi berkatalah Allah telah mentakdirkan dan barang
yang dikehendaki Allah, pasti Allah lakukan. Kerana kata-kata kalaulah dapat
membuka perbuatan syaitan. (Riwayat Muslim)
Mutiara hikmah :
a) Iman, kesihatan, kekayaan, kebebasan, rasa aman, semangat muda dan ilmu
adalah sari dari semua yang diinginkan oleh orang-orang yang berfikir. Namun
hanya sedikit yang mampu mendapatkannya sekaligus.
b) Pengetahuan, pengalaman dan wawasan jauh lebih baik daripada harta yang
bertimbun kerana gembira dengan harta benda adalah sifat binatang, sedangkan
gembira dengan ilmu pengetahuan adalah sifat manusia.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad
Al-Bakri
No comments:
Post a Comment