Monday, March 11, 2013

Pertolongan Cemas


Objektif :

1. Menyelamatkan nyawa :
- Sekiranya terhenti denyutan jantung dan pernafasannya berikan bantuan pemulihan pernafasan dan jantung.
- Setiap saat adalah penting
- Pulihkan renjatan

2. Mengelakkan keadaan dari menjadi lebih teruk
- Mengurangkan pergerakkan. Buat apa yang anda tahu sahaja.
- Melindungi pesakit dengan bantuan persekitaran alam semulajadi
- Jangan beri apa-apa makanan atau minuman melalui mulut. Basahkan bibir sekiranya perlu.

3. Memberi kelegaan dan keselesaan
- Memberi semangat yang kuat kepada pesakit yang masih sedar
- Jangan tinggalkan pesakit bersendirian
- pastikan keadaan pesakit , periksa nadi dan pernafasan.

Sifat-sifat ahli pertolongan cemas :

1. Tajam pemerhatian : Nampak segala tanda-tanda dan gejala kecederaan. Keselamatan diri sendiri  dan si malang sama-sama diutamakan.

2. Pantas berikhtiar : Hendaklah menggunakan apa yang sesuai yang terdapat di sekeliling kita

3. Tidak kasar : Jangan bertindak kasar dan menyakitkan orang yang cedera

4.Berakal budi : Berbudi tinggi dan tidak berlaku kasar

5. Bertimbang rasa : Bersimpati dengan orang yang cedera

6. Sentiasa tersenyum : Muka yang tersenyum memberikan keyakinan kepada pesakit.

7. Memberi pertolongan : Lakukan setakat mana anda termampu sahaja.

Manual Pertolongan Cemas
PBSM, 2010 ms 1-2

1 comment: