penuh minyak panjang sumbu
cahaya memandu arah mara
samarnya kita tidak keliru
janjinya tidak temui gelita
pastikan ke mana mahu
Selagi pelita diri masih nyala
kelipannya kita tidak kelabu
di serata darat kita kembara
ke serata laut rasa membiru
siang malam bertukar rupa
azam tiba ke penjuru waktu
Selagi pelita diri masih nyala
kita nyalakan jutaan pelita kalbu
kita tukarkan rimba miskin derita
jadi ladang sentosa ke anak cucu
sawah mundur jadi maju saujana
luas kerajinan ke segenap penjuru
tidak terbiar insan rendah budaya
iktisad dan siasah tahu sama tuju
menyatu diri dalam citra bangsa
aman makmur bahagia berpadu.
A Aziz Deraman
Mahligai Kencana, DBP
No comments:
Post a Comment