Permata 75 :
Daripada Ibn Umar ra, rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya Allah Taala mempunyai hamba-hamba yang mengkhususkan
mereka untuk menunaikan keperluan hajat manusia. Mereka bersegera kepada
golongan ini untuk meminta bantuan. Mereka itulah golongan yang aman dan
terlepas dari azab Allah. (Riwayat al-Tabarani, Abu Nu’aim dan Ibn Abi Adi)
Mutiara hikmah :
a) Ciptakan diri anda selalu mempunyai
kegiatan. Dengan kata lain, anda perlu berusaha dengan penuh kesedaran dan
kemahuan untuk memanfaatkan kemampuanmu melakukan kemungkinan-kemungkinan yang
boleh anda lakukan. Dijamin,
anda akan merasa lebih bahagia kalau diri anda melakukan sesuatu yang indah. Kemalasan
hanya akan menyuburkan kedukaan.
b) Akhlak dan tindakan yang baik lebih indah daripada wajah yang tampan,
mata yang hitam dan pipi yang licin. Keindahan makna lebih utama daripada
keindahan bentuk.
Wallaahu a’lam.
Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad
Al-Bakri
No comments:
Post a Comment