Kita ini adalah
di persimpangan
akan temui jalan
memilih antara kanan yang makruf
atau melangkah ke
kiri memasuki yang mungkar
atau mara
ke depan mengejar al-falah
atau mundur ke
belakang sesat citra mencari diri
Dalam keredaanNya
jua petunjuk datang
dengan hidayat
dan cahaya takwa bersinar
atau hilang pergi
dari kamar hati.
Kitalah yang
wajib bersyukur
kerana obor itu
di tangan kita
menerangi arah
jalan lurus selama kembara.
Kenapa tidak di
kananmu saja kitabullah
kenapa tidak di
kananmu jua sunnah rasulullah
tetapkan hati
cekalkan mara dalam pendirian
teguh tegakmu
tidak ke kiri dan tidak mundur
ke mana saja
wajahmu kauhadap – waima ke barat
kaulah
orang-orang yang mendapat kemenangan
nikmat dan
bahagia dalam duniawi ukhrawi
subur sejahtera
sejati abadi.
Dalam muhasabah
diri; di mana wasiat pegangan?
Jika tidak
bertakwa?
Jika tidak dari
satu keimanan?
di situ
nanti di mana pun berada – kaulah
gerangan
menetapkan
iringan setiap kejahatan dengan kebaikan
mengutamakan
Tuhan dengan muamalah maa al-khaliq
mengutamakan
manusia dengan muamalah maa al-khalqi
kerana kebaikan
saja bisa menghapuskan kejahatan
kerana sekian
lama dicari, sekian kaujumpa, kau jua mencari
kerana bicara
takwa bukan seudah ucapan bibir
kerana tidak
mudah kita melaksanakan segala perintah
kerana demikian
payahnya usaha pasrah
kerana menjauhkan
larangan-larangan Allah!
Di sana puncak
kehidupan rohaniah
yang tidak semua
kita benar-benar mampu mendakinya
tanyakan pada
sembunyi-sembunyian atau tanyakan terang-terangan
mampukan segala
perintah lahiriah menembusi batiniah?
baikkah segala
batiniah bila lahiriahnya baik?
atau baikkah
segala lahiriah bila batiniahnya baik?
Lihatlah kebaikan
dari sifat kebenaran
lihatlah sifat
keadilanmu, amanahmu, ihsan, pemaafmu, sabarmu
sifat-sifat
terpuji yang mendasari takwamu?
kauungkap dan
kautanya kembali
apakah erti dasar
kebenaran?
Dan orang
yang membawa kebenaran dan yang membenarkannya mereka itulah orang-orang
yang taqwa (Surah
az-Zumar; 39:33)
Apakah erti dasar
keadilan?
Berlaku adillah kamu sebab adil itu lebih dekat
kepada takwa (Surah
al-Maaidah: 5:8)
Apakah erti
amanah?
Hendaknya orang yang dipercayai itu menunaikan
amanahnya dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Taala (Surah al-Baqarah; 2:283)
Apakah erti dasar
ihsan?
Bagi orang-orang yang berbuat kebaikan antara
mereka dan yang bertakwa tersedia pahala yang besar (Surah a-li Imraan; 3:172)
Apakah erti
dasar pemaaf?
Apakah erti
dasar sabar?
Apakah erti
dasar menepati janji?
Apakah erti
dasar penyantun?
Semuanya
menanti limpah rahmat kurnia
barakah
Ilahi seperi dalam janji
maujud dalam
anugerah dari langit dan bumi
disiapkan bagi
kita kemudahan – tidak terperi.
Kita manusia
kitalah yang pelupa
alpa kepada
kebaikan , lupa akan kejahatan
walhal
segerakanlah yang baik mengiringi yang jahat
maka jadilah
kejahatan ditimbusi segera oleh yang baik
yang bisa menutup
yang jahat dan dosa. Taubat!
tidak seorang pun
tersisih dari noda
dalam satu saat
boleh terperesuk ke jurang larangan agama
laksana kabut,
dosa itu menggelapkan hati
sedangkan laksana
cahaya, amal baik itu menerangi diri
mencantumkan
akhlak menjadi mestika budi
takwa mengabdikan
diri kepada Ilahi!
maka kitalah
orang-orang yang mendapat kemenangan.
A. Aziz Deraman
17 Oktober 1998
Bahtera Madani, DBP
No comments:
Post a Comment