Masihkah aku
akan bergelumang
di
tengah-tengah hancur hati
kepingan sikap
bertabur jadi
manusia yang
berselimut alpa diri
tidak upaya mara
tinggi
akan rebah
sebelum garis tiba nanti.
Sesekali
keping-keping itu
dapat
kutangkupkan bersatu
doaku menaruh
harapan
kejapnya
berkekalan
kepingan itu pun
elok terbentuk
tidak goyah liuk
lentok
tidak retak oleh
khianat
tidak bertabur
oleh hasad
keping-kepingannya
tidak sehaluan.
Sekali pecah
akan dua kali
kutangkup
berapa kali pun
pecah
akan kutangkup
dan kutangkup
kutangkup indah
agar tidak terlingkup
sungguhpun beribu-ribu kali
hajatku mereka
bentuk diri
retaknya tidak
terlipat kembali
tubuh dan jati
diri jelas disayangi.
A. Aziz Deraman
Kangar Perlis, 3 Ogos 1999
Bahtera Madani, DBP
No comments:
Post a Comment