Permata 59 :
Daripada Saad bin Abi Waqqas ra berkata, bahawa dia mendengar rasulullah
saw bersabda: Sesungguhnya Allah
mencintai hamba yang bertakwa, kaya dan tekun beribadah dalam kesepian.
(Riwayat Muslim)
Mutiara hikmah :
a) Wanita cantik dan bertakwa, rumah yang luas, rezeki yang cukup dan
tetangga yang soleh merupakan nikmat-nikmat yang hanya diketahui oleh sedikit
orang.
b) Imam Syafie berkata: Perkara yang
paling mulia ada tiga. Pertama, merasa kaya, walaupun hartanya
sedikit. Kedua, warak ketika sunyi (bersendirian) dan ketiga, perkataan yang
haq (benar) yang diucapkan kepada orang yang diharapkan bantuannya atau
ditakutinya.
Wallaahu a’lam.
Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad
Al-Bakri
No comments:
Post a Comment