Monday, March 11, 2013

Puisi Permata Budi (22)


Serumpun lalang

Sekencang mana angin meniup
ia sekadar tunduk tertiarap
seperti rebah ke tanah
tetapi tak mudah patah.

Setajam mana hujan menerjah
ia tetap gagah
tak mudah mengalah
bertambah kukuh mencengkam tanah.

Seganas mana banjir menyerang
ia tabah bertahan
seketika turut tenggelam
tetapi tak mudah hilang

Sesejuk mana embun menitis
ia tak pernah tergores
oleh luka yang menghiris
azamnya tak pernah terhakis.

Selama itulah ia berdiri
di buminya sendiri
seperti serumpun lalang
keras tidak bijak berjuang.

Sejauh mana ia bertahan
jika angin, hujan dan banjir
dapat kauharungi
tetapi api yang membakar
dapatkah kaupadamkan.

Ahmad Sarju
Disember 2004

No comments:

Post a Comment