Suatu ketika Hasan pergi bertemu Habib Al-Ajmi di waktu asar. Hasan
mendengar Ajmi membaca bacaan dalam sembahyang dengan tidak betul bacaannya.
Hasan tidak mahu sembahyang bersama beliau lalu sembahyang berasingan.
Pada malam itu Hasan bermimpi bahawa Allah berkata kepadanya : Hasan, jikalau kamu menjadi makmum dalam
sembahyang dengan Ajmi itu, kamu akan dapat keredaanKu dan sembahyang yang itu
adalah lebih berfaedah dari sembahyang yang kamu telah lakukan sepanjang
hidupmu. Kamu salahkan salah sebutan bacaannya tetapi kamu tidak tahu kesucian
dan keikhlasan hatinya. Ketahuilah Kami lebih mementingkan hati yang suci bukan
hanya menyebut bacaan yang betul.
Kata-katanya :
1. Allah sendiri memelihara mereka yang mengabdikan diri kepadaNya
2. Dengki dan cinta kepada dunia mestilah disingkirkan dari hati orang yang
betul-betul menuju Allah.
Wallahu a’lam
Tazkiratul Auliya
Syekh Fariduddin Attar
No comments:
Post a Comment