Thursday, March 21, 2013

Isteri solehah



Permata  61 :

Daripada Abi Umamah al-Bahili ra, rasulullah saw bersabda: Tidaklah seorang mukmin mendapat faedah selepas takwa Allah Azza wa Jalla lebih daripada memilih isteri solehah, jika diperintahkannya nescaya ditaati, dan jika melihat kepadanya dia akan menggembirakannya, dan jika bersumpah ke atasnya nescaya ditunaikannya dan jika ghaib daripadanya nescaya menasihatinya (memelihara) maruah dirinya dan harta suaminya. (Riwayat Ibn Majah)
 
Mutiara hikmah :

a) Anda memiliki hak atas diri anda, jiwa anda memiliki hak atas diri anda, mata anda memiliki hak atas diri anda, isteri anda memiliki hak atas diri anda dan tetamu anda memiliki hak atas diri anda. Oleh sebab itu berikan hak-hak itu kepada yang berhak mendapatkannya.

b) Anak lebih berharga dari kekayaan, akhlak lebih agung daripada kedudukan, semangat lebih tinggi daripada pengalaman sedangkan takwa lebih mulia daripada kemuliaan.

Wallaahu a’lam.

Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

No comments:

Post a Comment