Biasanya Hasan menulis dosa-dosa yang dilakukannya pada pakaiannya semenjak
dahulu lagi. Beliau selalu melihat tulisan tersebut. Kadang-kadang beliau
menangis hingga jatuh pengsan apabila melihat dosa yang dilakukannya itu.
Satu ketika,beliau dan rombongan ke Kaabah. Di pertengahan jalan, mereka
tiba ke satu perigi tanpa tali timba. Hasan berkata : Saya hendak sembahyang, semasa saya sembahyang tuan-tuan akan lihat air
itu naik ke atas. Bolehlah ia diminum bagi menghilangkan dahaga.
Perkara itu benar-benar berlaku. Setelah meminum sepuas-puasnya, seseorang
telah mengisi bekas airnya untuk kegunaan masa depan. Tidak semena-mena air
terus turun ke bawah.
Itu adalah kerana kurangnya
iman untuk bertawakkal bulat-bulat kepada Allah, ujar Hasan.
Wallahu a’lam
Tazkiratul Auliya
Syekh Fariduddin Attar
No comments:
Post a Comment