Tuesday, March 12, 2013

Amar makruf


Permata  49 :

Abu Hurairah ra meriwayatkan, sabda rasulullah saw: Anjurkanlah kebaikan itu meskipun kamu belum dapat mengerjakannya dan cegahlah segala yang mungkar meskipun kamu belum menghentikannya. (Riwayat Abu Laith al-Samarqandi dan al-Tabarani)

Mutiara hikmah :

a) Jangan menunggu ucapan terima kasih dari manusia. Cukuplah pahala dari Zat yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Tidak ada yang perlu anda lakukan terhadap orang yang membangkang, dengki dan iri hati.

b) Terimalah diri anda dengan seadanya. Satu hal yang sangat penting adalah proses berfikir yang anda jalani sampai anda harus menentukan bahawa anda menerima diri anda dengan seadanya, sampai anda yakin sekali bahawa anda berbuat dengan jati diri anda, dan sampai anda tidak mengabaikan kritikan yang menyinggung perasaan anda, iaitu sepanjang berada di atas jalan yang benar. Ini kerana kebahagiaan itu akan tersisih dengan sendirinya ketika keraguan atau perasaan bersalah itu merasuk ruang fikiran anda.

Wallaahu a’lam.

Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

No comments:

Post a Comment