Kebebasan melulu
memaksa kita berlalu
menyapu kabus hiba
di depan mata bangsa
pedih hati kerana dibenci
sedih rasa kerana dicaci
diri akan tahu pada balasan
baik buruknya perlakuan.
Di mana hinanya berubah jalan?
Kalau diri ini pengembara cekal
Tidakkah bimbang gangguan nakal
Tuhan tahu kuasa siapa yang zalim
Tuhan tahu doa siapa yang lazim
Tiba saat bertemu ketika
lembing dilontar balik ke muka
keris dihunus balik ke dada
tombak berpawai balik ke istana
tidak tertolak takdir yang tiba
ceruk rantau nusa ternganga.
A Aziz Deraman
Mahligai Kencana
No comments:
Post a Comment