Thursday, March 14, 2013

Antara kebaikan


Permata  52 :

Daripada Abdullah bin Amru bin al-Ash ra: Bahawa seorang lelaki bertanya kepada rasulullah saw: Apakah ajaran Islam yang lebih utama?. Sabda rasulullah saw: Kami memberi makan dan memberi salam kepada siapa yang kamu kenali dan tidak mengenalinya. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Mutiara hikmah :

a) Dahulukan mengucap salam, ucapkan selamat dengan senyum, tumpukan perhatian anda kepada mereka agar anda menjadi orang yang sangat mereka cintai dan dekat dengan mereka.

b) Hamid al-Affaf ra berkata: Jika Allah swt mahu membinasakan seseorang, maka dihukum dengan tiga keadaan. Diberinya ilmu tanpa amal, diberinya bersahabat dengan golongan soleh tetapi tidak mengikut jejak mereka serta tidak beradab terhadap mereka dan diberi jalan untuk berbuat taat tetapi tidak ikhlas.

Wallaahu a’lam.


Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

No comments:

Post a Comment