Permata 78 :
Daripada Ibn Umar ra katanya: Rasulullah saw memegang dua bahuku seraya
menasihatkanku: Jadilah kamu dunia
seperti orang asing atau orang musafir. Dan adalah Ibn Umar ra berkata: Apabila
kamu berada di waktu petang, maka janganlah kamu tunggu waktu pagi dan apabila
kamu berada di waktu pagi, maka jangan kamu tunggu petang. Ambillah dari masa
sihatmu sebelum datang masa sakitmu dan dari masa hidupmu sebelum datang
kematianmu. ( Riwayat al-Bukhari)
a) Orang yang malas dan suka berlengah-lengah adalah orang yang membuat
orang di sekitarnya tertanya-tanya dan yang menderita kesedihan, dalam erti
yang sebenarnya. Sedangkan orang yang serius bekerja adalah orang yang tahu
bagaimana sepatutnya hidup dan bagaimana mendapat kebahagiaan.
b) Hindarilah kata pengandaian, jika.....maka, nanti, akan.....menangguhkan
pekerjaan dan menangguh-nangguh kewajipan. Ini kerana ia merupakan tanda
kegagalan.
Wallaahu a’lam.
Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad
Al-Bakri
No comments:
Post a Comment