Permata 85 :
Daripada Abdullah bin Amru bin al-As ra, rasulullah saw bersabda: Ada
empat perkara, barangsiapa yang terjebak di dalamnya jadilah dia seorang
munafik yang penuh (asli) dan barangsiapa yang terdapat pada dirinya salah satu
daripadanya, maka dia memiliki sifat munafik sehingga dia segera meninggalkan
iaitu, jika berbicara dia berdusta, jika diamanahkan dia khianat, jika berjanji
dia memungkiri janji dan jika berbantah dan bertengkar dia melampaui. (Riwayat
al-Bukhari dan Muslim)
Mutiara hikmah :
a) Jauhilah buruk sangka, buanglah angan-angan, khayalan-khayalan yang
merosakkan dan fikiran-fikiran sakit.
b) Berbuat baiklah kepada sesama manusia dan berbaktilah dengan membuat
kebaikan kepada semua orang supaya kamu akan mendapat kebahagiaan dari
menziarahi orang sakit, memberi sesuatu kepada orang yang memerlukan dan dari
mengasihi anak yatim.
Wallahu a’lam.
Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad
Al-Bakri
No comments:
Post a Comment