Permata 36 :
Daripada Abu Hurairah ra katanya: rasulullah saw bersabda: Jangan kamu dengki mendengki, jangan kamu
meminta membeli dengan harga yang tinggi bukan dengan tujuan membelinya tetapi
untuk menipu orang lain dan memudaratkan mereka, jangan kamu benci membenci,
jangan kamu belakang membelakangi, jangan kamu menjual di atas jualan orang
lain dan jadilah kamu haba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang mukmin adalah
saudara kepada mukmin yang lain. Dia tidak menzalimi saudaranya, tidak
membohonginya dan tidak menghinanya. Takwa itu di sini, sambil menunjukkan ke
dadanya sebanyak tiga kali. Seseorang itu sudah dianggap berdosa jika dia
menghina saudara seislamnya. Tiap-tiap orang muslim itu di atas saudaranya
adalah haram: darahnya, hartanya dan maruahnya. (Riwayat al-Bukhari dan
muslim)
Mutiara hikmah :
a) Orang yang gila kemenangan supaya orang lain menghormati dan tidak
mengkritiknya maka kebanyakan orang seperti itu akan hidup sengsara merana.
Bagi orang sepertinya, usaha mendapat penghormatan itu ada di belakang
kemunculan nama seseorang dan kemasyhuran adalah musuh dari kebahagiaan.
b) Jauhilah orang-orang yang pesimis kerana jika anda memperlihatkan
sekuntum bunga kepadanya maka dia akan memperlihatkan duri-durinya kepada anda.
Jika anda memperlihatkan air kepadanya, maka dia akan memberi kotorannya untuk
anda, dan jika anda memandang keindahan matahari, maka dia akan mengeluhkan
panasnya cahaya matahari.
Wallaahu a’lam.
Al-Lu’lu’lil
Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
No comments:
Post a Comment