Saturday, March 2, 2013

Menghulurkan bantuan


Permata  32 :

Daripada Abu Hurairah ra, rasulullah saw bersabda: Yang bersegera dalam membantu janda dan orang miskin samalah seperti mujahid fi sabilillah atau yang bangun melaksanakan qiamullail dan berpuasa di siang hari. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Mutiara hikmah :

a) Umar b Abdul Aziz berkata: Perbuatan yang sangat disukai oleh Allah swt tiga: Memaafkan ketika ia dapat kesempatan untuk membalas, adil ketika marah dan belas kasih terhadap hamba Allah swt dan tiada seorang yang sayang terhadap hamba Allah, melainkan Allah sayang kepadanya.

b) Seorang mukminin tidak akan merasa takut dengan tidak tercapainya dunia, tidak pernah memperdulikannya dan tidak pernah tergoncang oleh kata henti. Ini kerana ia percaya bahawa dunia ini pasti akan berakhir, tidak berharga dan fana.

Wallaahu a’lam.

Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

No comments:

Post a Comment