Moyangku
Jangkauan mata fikirmu menjadi kenyataan
bukti menumbuhkan kebenaran masa kini
darah yang menitis menjadi sengketa
melingkari rasa resah bumi dan warisan.
Kini kami mencari pedoman
keteguhan amanatmu seperti akar maruah
menunjang segala kekuatan dan iktibar
kekuasaan itu membina perpecahan
dengan fitnah mengotori perpaduan.
mempelajari erti tabah dan kebijaksanaan
adab yang melepas adat
bangsa yang melupakan budaya
bertemu di sini keruh getir menerbitkan tohmah
gendang riak atau diam terus menikam
dada putih bumi yang kau wariskan.
Apakah kami menjadi warga penyedih
atau terlalu takut untuk menderhaka
membiarkan diri terus remuk
kerana warisanmu terus bersengketa.
Ahmad Sarju
September 1988
No comments:
Post a Comment