Permata 33 :
Ibn Abbas ra berkata bahawa rasulullah saw bersabda: Tertera di dalam kitab
Taurat: Siapa yang suka usianya panjang dan rezekinya bertambah, maka hendaklah menyambung silaturahim.
(Riwayat al-Hakim)
Mutiara hikmah :
a) Bacalah secara berulang-ulang : Laa haula walaa
quwata illaabillaah kerana bacaan ini akan membuat hati menjadi tenteram,
memperbaiki keadaan, membuat yang berat menjadi ringan dan membuat Yang Maha
Kuasa menjadi reda.
b) Jaafar al-Sadiq ra berkata kepada anaknya: Jangan kamu bersama-sama
dengan tiga golongan manusia ini, kerana Allah murka terhadap mereka ini,
mereka ini ialah:
# Jangan kamu bergaul dengan orang yang bermaksiat kepada Allah, kerana dia
telah memutuskan tali antara dia dengan Allah.
# Jangan kamu bergaul dengan orang yang derhaka kepada ibu bapanya, kerana
dia orang yang terlaknat.
# Dan jangan kamu bergaul dengan pendusta, kerana dia akan mendekatkan yang
jauh bagimu dan menjauhkan yang dekat daripadamu.
Wallaahu a’lam.
Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad
Al-Bakri
No comments:
Post a Comment