Wednesday, March 6, 2013

Puasa sunat yang afdal


Permata  39 :

Daripada Abdullah bin Amru bin al-As ra, sabda rasulullah saw: Seafdal-afdal puasa sunat ialah puasa nabi Daud. Dia berpuasa sehari dan berpuasa pada hari seterusnya. (Riwayat al-Bukhari)

Mutiara hikmah :

a) Allah swt menetapkan kewajipan kepada kita berpuasa Ramadan atau puasa yang sunat kerana mempunyai banyak manfaat yang pasti dirasai oleh setiap orang yang melakukannya.

b) Yang paling berhak mendapatkan tambahan nikmat adalah orang yang paling bersyukur, dan yang paling patut mendapatkan cinta adalah orang yang mengeluarkan seluruh kebaikannya, mengekang keinginan jahatnya dan membuat wajahnya selalu berseri-seri.

Wallaahu a’lam.

Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

No comments:

Post a Comment