Wednesday, March 6, 2013

Keperluan mengikut sunnah tanggungjawab muslim


Permata  40 :

Daripada Abu Musa al-Asyaari ra bahawa nabi saw bersabda: Ziarahilah pesakit, berilah makan orang yang lapar dan bebaskanlah tawanan. (Riwayat al-Bukhari)

Mutiara hikmah :

a) Sahabat yang paling baik adalah orang yang sangat anda percayai dan membuat diri anda tenang bersamanya. Menjadi tempat berkongsi kelelahan, kesedihan dan tidak pernah menjual rahsia diri anda.

b) Hidup ini sangat singkat, maka jangan anda pendekkan dengan banyak merasa takut. Mencari kawan itu susah, maka jangan membuatnya menyesal dengan menghinanya. Sedangkan musuh itu banyak sekali, dan jangan menambah jumlah mereka dengan akhlak yang buruk.

Wallaahu a’lam.

Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

No comments:

Post a Comment