Permata 38 :
Daripada Hafsah ra menceritakan kisah mimpi adiknya kepada rasulullah saw,
lantas baginda bersabda: Sebaik-baik
hamba adalah Abdullah, seandainya dia melakukan qiamullail (solat malam)
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Mutiara hikmah :
a) Abu Sulaiman al-Darani: Ahli qiamullail dalam malam mereka lebih lazat
daripada ahli lagha dalam kelalaian mereka dan kalaulah tidak kerana malam
nescaya aku tidak suka untuk kekal di dunia ini.
b) Maha Suci Allah yang menjadikan kepasrahan kepadaNya sebagai kekuatan, yang menjadikan
rasa perlu kepadaNya sebagai kekayaan yang menjadikan pemohonan kepadaNya sebagai kemuliaan yang menjadikan rasa rendah
diri kepadaNya sebagai ketinggian dan tawakal kepadaNya sebagai kecukupan.
Wallaahu a’lam.
Al-Lu’lu’lil Mukminin Jld 1,
Dr. Zulkifli Mohamad
Al-Bakri
No comments:
Post a Comment